Sebelum dinamakan Sekolah Kebangsaan Panchor, sekolah ini diberi nama
Sekolah Kebangsaan Melayu Panchor, Muar. Sebelum Perang Dunia Kedua (1941 )
sekolah ini terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Melayu Panchor Rendah Pekan
Panchor dan Sekolah Melayu Panchor Tinggi yang terletak di kawasan Kampung
Melayu.
Selepas merdeka, terdapat banyak sekolah baru yang dibina di Panchor
antaranya ialah Sekolah Umum Rendah Lelaki Panchor, Sekolah Umum Tinggi Lelaki
Panchor dan Sekolah Umum Tinggi Perempuan Panchor.
Pada tahun 1963, terdapat perubahan yang besar iaitu ketiga-tiga sekolah
ini digabungkan dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Panchor. Sekolah Inggeris
Rendah Panchor pula dinamakan SRK Kota Raja Panchor dan diasingkan bangunannya.
Dengan kerjasama daripada PIBG, sokongan murid-murid, para pendidik,
bantuan daripada pihak Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor dan
Pegawai Pendidikan Muar bersetuju untuk memberi peruntukan bangunan bernilai RM
392, 200.00. Projek ini bermula pada bulan Jun 1986 dan telah siap dibina pada
16 Januari 1987. Murid-murid sekolah telah mula berpindah ke bangunan baru pada
hari Ahad, 7 Jun 1987 bersamaan 10 Syawal 1407 Hijrah. Pada ketika itu,
terdapat seramai 189 orang murid, 10 orang guru, seorang pegawai kerani
sekolah, seorang pembantu pejabat, tiga orang pekerja am dan seorang jaga.
Keluasan kawasan sekolah ini ialah 3e. 1r.14p.
Sekarang ini, Sekolah Kebangsaan Panchor mempunyai seramai 23 orang guru terlatih termasuk seorang Guru Besar, seorang Pembantu Tadbir ,
seorang Pembantu Am Pejabat, dan dua orang
Pembantu Pengurusan Murid. Jumlah murid pula telah bertambah kepada 300 orang
termasuk murid Pra Sekolah.
Sesungguhnya, sekolah ini telah melahirkan ramai cerdik pandai yang
menjawat jawatan tinggi diperingkat daerah, negeri dan negara. Semoga Sekolah
Kebangsaan Panchor akan terus berkembang dan cemerlang seiring dengan peredaran
masa.
Seiring dengan perkembangan Kokurikulum, murid sekolah ini didedahkan dengan Sukan Kriket sebagai Identiti Sukan selepas Bola Tampar dan Catur bermula pada Tahun 2015.
Pada tahun 2015, bumbung tambahan telah dibina di antara blok D dan E. Kawasan tersebut di gunakan oleh murid pada waktu rehat dan aktiviti sekolah yang lain.
Seiring dengan perkembangan Kokurikulum, murid sekolah ini didedahkan dengan Sukan Kriket sebagai Identiti Sukan selepas Bola Tampar dan Catur bermula pada Tahun 2015.
Pada tahun 2015, bumbung tambahan telah dibina di antara blok D dan E. Kawasan tersebut di gunakan oleh murid pada waktu rehat dan aktiviti sekolah yang lain.
Comments
Post a Comment